SINGAPURA – Jentera pasukan F1 1Malaysia (1MF1T) untuk musim 2010 berkemungkinan besar akan dipandu pelumba yang mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan itu.
Unutk itu tidak ada pemandu Malaysia yang akan mengemudikan jentera Formula Satu (F1) bagi pasukan negara buat pertama kali tahun depan.
Keadaan ini menurut bos pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes, hanya akan diteruskan sehinggalah ada pemandu tempatan yang sudah bersedia untuk bersaing dengan lain-lain pemandu F1 terkemuka.
Atas dasar itu juga, Fernandes kini berada di Litar Marina Bay menghadiri perlumbaan Grand Prix (GP) Singapura untuk mencari pemandu yang bakal ‘dicuri’ untuk mengemudi jentera pasukan 1MF1T.
Pemandu seperti Kimi Raikkonen dari pasukan Ferrari dan bekas juara dunia, Fernando Alonso dari pasukan Renault, pemenang GP Singapura tahun lepas adalah antara nama yang disebut-sebut.
Bercakap di sini semalam, Fernandes berkata, pasukan 1MF1T tidak mahu jauh ketinggalan kebelakang.
“Kami mahu membuktikan yang kami boleh bersaing dengan pendatang baru yang lain dalam F1 sejak mula dan pada pertengahan musim, kami berharap berada pada pertengahan kelompok.
“Tetapi selepas tiga hingga lima tahun, kami berharap akan menjadi antara yang terbaik.
“Memanglah tidak ada jaminan dalam F1 tapi kami mempunyai impian dan itu merupakan perkara yang penting. Asasnya, kami mahu pemandu tempatan (Malaysia) memandu tapi sehingga dia sudah bersedia. Kami tidak akan hanya membiarkan dia memandu dan ketinggalan di kelompok belakang. Lihat apa yang terjadi dengan Alex Yoong,” katanya.
Alex merupakan pemandu pertama negara yang memandi dalam perlumbaan F1 dengan Pasukan Minardi pada penghujung tahun 90-an namun gagal memberikan sebarang impak.
Juga terdapat cakap-cakap bahawa Fairuz Fauzy, pemandu GP 2 dan Jazeman Jaafar, juara Formula BMW Asia dipertimbangkan sebagai pemandu kedua 1MF1T.
Tambah Fernandes lagi, jentera pasukan 1MF1T yang menggunakan enjin Cosworth kini sedang dibangunkan di Norfolk, United Kingdom dan akan bersedia untuk diuji pada minggu kedua Februari 2010 serta akan dibawa pulang untuk ujian di Litar Sepang. – BERNAMA
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment